Definisi 2D & 3D
2D
2D bermaksud gambar yang tidak mempunyai bayang seperti gambar di atas . Ia juga merupakan ruang ilusi yang tidak mempunyai jisim . 2D wujud ruang di atas permukaan .
3D
3D merupakan gambar yang mempunyai bayang . Contohnya seperti gambar di atas . Ianya wujud ruang yang nyata . Selain itu , ianya mempunyai ruang dan jisim dan nyata . Selain itu , terdapat banyak filem-filem animasi menggunakan teknik 3D (CGI), adalah unik kepada menggunakan komputer bagi membuat filem.Ini adalah senarai filem yang dikeluarkan yang seluruhnya mengunakan kaedah animasi-komputer, dan dicipta dalam bentuk dalam 3D. Ini kadang-kadang disebut sebagai filem CG(
3D computer graphics).
TUTORIAL
1 . Seperti yang diperlihatkan melalui raut wajah kanak-kanak ini , ianya mempunyai sejuta harapan dan
impian . Harapan kanak-kanak ini adalah untuk bebas daripada kemiskinan yang dihadapi. Ianya juga
mempunyai sejuta impian seperti kanak-kanak lain contohnya ingin menikmati zaman persekolahan ,
bermain bersama rakan-rakan sebaya dan juga inginkan kesenangan dalam hidup .
2. Gambar ini pula menunjukkan tentang semangat patriotik yang ada di dalam jiwa kanak-kanak . Mereka
telah mempunyai harapan yang begitu besar sekali iaitu ingin Malaysia menjadi sebuah negara aman , damai
dan juga maju . Mereka inilah yang akan memajukan Malaysia pada suatu hari nanti dengan berbekalkan
semangat patriotik dan cintakan negara . Impian mereka juga ingin meletakkan nama Malaysia di persada
antarabangsa . :)
3. Ganbar yang ketiga ini pula menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain gitar dengan
bersungguh-sungguh walaupun usianya masih muda . Tergambar kesungguhan pada raut wajah kanak-
kanak ini . Beliau juga mempunyai impian ingin menjadi pemain gitar yang terkenal pada satu hari nanti .
Harapannya juga ingin menimba ilmu dan juga mengasah bakat yang terpendam selama ini :))
GAMBAR TERBAIK :)
Gambar ini merupakan gambar paling terbaik bagi diri saya kerana ianya menunjukkan tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya . Seorang ibu sentiasa akan bersama anaknya tidak kira pada waktu senang mahupun susah . Seorang ibu juga sanggup mengorbankan apa sahaja demi anaknya . Sayangilah ibu anda sementara mereka masih lagi hidup di bumi ini .
GAMBAR PALING TERUK :(
Ini merupakan gambar pilihan saya bagi tajuk 'gambar paling teruk' . Mengapa ianya dikatakan teruk ? Secara logiknya tiada manusia ingin memakai pakaian sebegini rupa . Fesyen ini terlalu pelik dan teruk malah ianya juga membuatkan kita akan berasa malu apabila memakai pakaian ini di hadapan umum . Selain itu fesyen sebegini tidak sesuai untuk bermacam-macam majlis . Dengan itu kita sendiri haruslah bijak ketika memilih pakaian .
Terima Kasih :))