Monday 22 August 2011

Biografi Leonardo da Vinci

 
Leonardo da Vinci


Nama Penuh : Leonardo da Vinci (Leonardo di Ser Piero da Vinci)
Tarikh Lahir :  15 April 1452
Tempat Lahir : Firenze Italia
Meninggal  : 2 Mei 1519 ketika berumur 67 tahun di Perancis
Nama Ibu dan Bapa : Ser Piero Da Vinci dan Caterina
Karya :
  • Annunciation, 1475-1480
  • Adoration of the Magi, 1481
  • Last Supper, 1498
  • Mona Lisa or La Gioconda, 1503-1505
  • The Virgin and Child with St. Anne, 1510
  • St. John the Baptist, 1514

           :


Early Gothic








Thursday 11 August 2011

Warna Panas dan Sejuk :D

WARNA PANAS :)

        Warna panas ialah warna yang menimbulkan suasana ceria , riang dan sebagainya . Warna panas juga memberi kesan terang , garang dan merangsang pemandangan . Selain itu , ia merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi . Contoh warna-warna panas ialah warna merah , jingga , kuning , merah jingga , merah ungu dan kuning jingga . 


        Warna merah melambangkan keberanian , kemakmuran , bahaya dan amaran . Warna kuning pula , memberi maksud kebesaran diraja , kecemerlangan , ceria dan kekayaan.


         Di samping itu , warna panas juga digunakan pada musim perayaan . Dalam masa yang sama , warna panas juga bertemakan peperangan , pesta dan sebagainya . 


                                                        
                                                 






WARNA SEJUK :)

              Warna sejuk ialah warna yang menimbulkan suasana nyaman , selesa , segar , sedih dan sunyi . Warna ini juga menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang . Ianya sesuai digunakan untuk menghasilkan kertas dinding , catan bertema alam semulajadi , kematian dan kesegaran . 

      
             Contoh warna-warna sejuk ialah biru , hijau , dan ungu . Contoh contoh gambar menggunakan warna sejuk ialah :


                                               














Thursday 4 August 2011

Aina Nieyna :)

Definisi 2D & 3D


2D



2D bermaksud gambar yang tidak mempunyai bayang seperti gambar di atas . Ia juga merupakan ruang ilusi yang tidak mempunyai jisim . 2D wujud ruang di atas permukaan .



                                                3D

3D merupakan gambar yang mempunyai bayang . Contohnya seperti gambar di atas . Ianya wujud ruang yang        nyata . Selain itu , ianya mempunyai ruang dan jisim dan nyata . Selain itu , terdapat banyak filem-filem animasi menggunakan teknik 3D (CGI), adalah unik kepada menggunakan komputer bagi membuat filem.Ini adalah senarai filem yang dikeluarkan yang seluruhnya mengunakan kaedah animasi-komputer, dan dicipta dalam bentuk dalam 3D. Ini kadang-kadang disebut sebagai filem CG(3D computer graphics).



TUTORIAL 


                HARAPAN DAN IMPIAN


1 .  Seperti yang diperlihatkan melalui raut wajah kanak-kanak ini , ianya mempunyai sejuta harapan dan 
      impian . Harapan kanak-kanak ini adalah untuk bebas daripada kemiskinan yang dihadapi. Ianya juga
      mempunyai sejuta impian seperti kanak-kanak lain contohnya ingin menikmati zaman persekolahan , 
      bermain bersama rakan-rakan sebaya dan juga inginkan kesenangan dalam hidup .


2. Gambar ini pula menunjukkan tentang semangat patriotik yang ada di dalam jiwa kanak-kanak . Mereka
    telah mempunyai harapan yang begitu besar sekali iaitu ingin Malaysia menjadi sebuah negara aman , damai 
    dan juga maju . Mereka inilah yang akan memajukan Malaysia pada suatu hari nanti dengan berbekalkan 
    semangat patriotik dan cintakan negara . Impian mereka juga ingin meletakkan nama Malaysia di persada 
    antarabangsa . :)



3. Ganbar yang ketiga ini pula menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain gitar dengan 
    bersungguh-sungguh walaupun usianya masih muda . Tergambar kesungguhan pada raut wajah kanak-
    kanak ini . Beliau juga mempunyai impian ingin menjadi pemain gitar yang terkenal pada satu hari nanti .
    Harapannya juga ingin menimba ilmu dan juga mengasah bakat yang terpendam selama ini :))


GAMBAR TERBAIK :)




Gambar ini merupakan gambar paling terbaik bagi diri saya kerana ianya menunjukkan tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya . Seorang ibu sentiasa akan bersama anaknya tidak kira pada waktu senang mahupun susah . Seorang ibu juga sanggup mengorbankan apa sahaja demi anaknya . Sayangilah ibu anda sementara mereka masih lagi hidup di bumi ini . 



GAMBAR PALING TERUK :(



Ini merupakan gambar pilihan saya bagi tajuk 'gambar paling teruk' . Mengapa ianya dikatakan teruk ? Secara logiknya tiada manusia ingin memakai pakaian sebegini rupa . Fesyen ini terlalu pelik dan teruk malah ianya juga membuatkan kita akan berasa malu apabila memakai pakaian ini di hadapan umum . Selain itu fesyen sebegini tidak sesuai untuk bermacam-macam majlis . Dengan itu kita sendiri haruslah bijak ketika memilih pakaian . 


Terima Kasih :))