Thursday 4 August 2011

Aina Nieyna :)

Definisi 2D & 3D


2D



2D bermaksud gambar yang tidak mempunyai bayang seperti gambar di atas . Ia juga merupakan ruang ilusi yang tidak mempunyai jisim . 2D wujud ruang di atas permukaan .



                                                3D

3D merupakan gambar yang mempunyai bayang . Contohnya seperti gambar di atas . Ianya wujud ruang yang        nyata . Selain itu , ianya mempunyai ruang dan jisim dan nyata . Selain itu , terdapat banyak filem-filem animasi menggunakan teknik 3D (CGI), adalah unik kepada menggunakan komputer bagi membuat filem.Ini adalah senarai filem yang dikeluarkan yang seluruhnya mengunakan kaedah animasi-komputer, dan dicipta dalam bentuk dalam 3D. Ini kadang-kadang disebut sebagai filem CG(3D computer graphics).



TUTORIAL 


                HARAPAN DAN IMPIAN


1 .  Seperti yang diperlihatkan melalui raut wajah kanak-kanak ini , ianya mempunyai sejuta harapan dan 
      impian . Harapan kanak-kanak ini adalah untuk bebas daripada kemiskinan yang dihadapi. Ianya juga
      mempunyai sejuta impian seperti kanak-kanak lain contohnya ingin menikmati zaman persekolahan , 
      bermain bersama rakan-rakan sebaya dan juga inginkan kesenangan dalam hidup .


2. Gambar ini pula menunjukkan tentang semangat patriotik yang ada di dalam jiwa kanak-kanak . Mereka
    telah mempunyai harapan yang begitu besar sekali iaitu ingin Malaysia menjadi sebuah negara aman , damai 
    dan juga maju . Mereka inilah yang akan memajukan Malaysia pada suatu hari nanti dengan berbekalkan 
    semangat patriotik dan cintakan negara . Impian mereka juga ingin meletakkan nama Malaysia di persada 
    antarabangsa . :)



3. Ganbar yang ketiga ini pula menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain gitar dengan 
    bersungguh-sungguh walaupun usianya masih muda . Tergambar kesungguhan pada raut wajah kanak-
    kanak ini . Beliau juga mempunyai impian ingin menjadi pemain gitar yang terkenal pada satu hari nanti .
    Harapannya juga ingin menimba ilmu dan juga mengasah bakat yang terpendam selama ini :))


GAMBAR TERBAIK :)




Gambar ini merupakan gambar paling terbaik bagi diri saya kerana ianya menunjukkan tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya . Seorang ibu sentiasa akan bersama anaknya tidak kira pada waktu senang mahupun susah . Seorang ibu juga sanggup mengorbankan apa sahaja demi anaknya . Sayangilah ibu anda sementara mereka masih lagi hidup di bumi ini . 



GAMBAR PALING TERUK :(



Ini merupakan gambar pilihan saya bagi tajuk 'gambar paling teruk' . Mengapa ianya dikatakan teruk ? Secara logiknya tiada manusia ingin memakai pakaian sebegini rupa . Fesyen ini terlalu pelik dan teruk malah ianya juga membuatkan kita akan berasa malu apabila memakai pakaian ini di hadapan umum . Selain itu fesyen sebegini tidak sesuai untuk bermacam-macam majlis . Dengan itu kita sendiri haruslah bijak ketika memilih pakaian . 


Terima Kasih :))




No comments:

Post a Comment